Pakar Penjagaan Gigi Anda

Dari pemeriksaan rutin hingga rawatan lanjutan, setiap proses dijalankan oleh doktor gigi berpengalaman dengan fokus kepada keselesaan dan hasil yang berkualiti. Kesihatan gigi anda adalah keutamaan kami.

Pakar Penjagaan Gigi Anda

Dari pemeriksaan rutin hingga rawatan lanjutan, setiap proses dijalankan oleh doktor gigi berpengalaman dengan fokus kepada keselesaan dan hasil yang berkualiti. Kesihatan gigi anda adalah keutamaan kami.

Dr. Sharlindah Md Kassim

Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, University Malaya.

Ramai antara kita sanggup tahan sakit berhari-hari sebab takut nak jumpa doktor gigi, dan bila dah tak tahan sangat, selalunya gigi terpaksa dicabut. Sepanjang 22 tahun dalam bidang pergigian, Dr. Sharlindah (lulusan Universiti Malaya dan bekas pegawai perubatan KKM selama 10 tahun) selalu berdepan situasi ini dan bertekad untuk mengubah ruang klinik gigi menjadi tempat yang memfokuskan kepada pencegahan, bukan ketakutan.

Pada September 2012, lahirlah Klinik Pergigian Sharlindah yang pertama di Bukit Baru, Melaka dengan membawa konsep anxiety-free. Melangkah masuk saja ke klinik, pesakit akan berasa tenang dengan suasana feel at home, ruang menunggu yang selesa, play area untuk anak-anak, dan staf yang sentiasa menyambut dengan senyuman, supaya pesakit tidak lagi takut untuk mengutamakan kesihatan gigi mereka.

Impian Dr. Sharlindah tidak terhenti setakat menyelamatkan senyuman pesakit, beliau juga berhasrat membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Melaka. Kini, dengan pembukaan cawangan di MITC, Alor Gajah, Sungai Udang, dan Telok Mas, beliau terus komited memberikan khidmat yang profesional dan mesra pelanggan membuktikan bahawa rawatan gigi sebenarnya adalah satu pengalaman yang melegakan

Dr. Siti Nadia Binti Saleh

Honors Bachelor of Dental Surgery, National University of Ireland

Dr. Nurshahirah Atiqa Binti Zakaria

Bachelor of Dental Medicine Surgery Tanta University

Dr. Diana Binti Shamssudin

Bachelor of Dental Surgery Alexandria University

Dr. Norhaliah Farhanah binti Muhamed Noor

Bachelor of Dental Surgery Al-Azhar University

Dr. Anila Philip

Bachelor of Dental Surgery, Universiti Malaya

Dr. Justina John

Bachelor of Dental Surgery, Manipal University

Dr. Puspa Goppala Krishnan

Bachelor of Dental Surgery, USU Medan Indonesia

Scroll to Top